Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pengantin Berbangsa India Penuhi Hajat Ibu, Pilih Tema Kahwin Adat Melayu

Athirah
Pilih Tema Kahwin Adat Melayu
Kredit: @thamayanthi._
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pengantin Berbangsa India Penuhi Hajat Ibu, Pilih Tema Kahwin Adat Melayu

Perkahwinan sememangnya merupakan detik terindah dalam hidup setiap pasangan. Ia bukan sahaja menandakan penyatuan dua hati, malah menjadi simbol komitmen, kasih sayang, dan harapan untuk membina keluarga bahagia.

Setiap pasangan pastinya mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna, lengkap dengan suasana yang meriah, kenangan manis serta detik-detik yang akan dikenang sepanjang hayat.

Tidak hairanlah ramai bakal pengantin sanggup berbelanja besar demi memastikan majlis mereka kelihatan meriah dan ‘grand’. Namun, bagi sesetengah keluarga, majlis perkahwinan juga menjadi peluang untuk menunaikan hajat dan harapan ibu bapa.

Mengikut hajat ibu bapa bukan sahaja menunjukkan penghormatan dan kasih sayang, malah mencerminkan tradisi dan nilai keluarga yang ingin diteruskan.

Pengantin perempuan tunai impian ibu buat majlis kahwin tema adat Melayu

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila pasangan pengantin berbangsa India ini memilih majlis perkahwinan bertemakan adat Melayu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @thamayanthi._ di TikTok, pilihan unik ini menarik perhatian ramai kerana mempamerkan penghargaan pasangan tersebut terhadap budaya lain, lengkap dengan persalinan tradisional, dekorasi dan aturcara yang memukau.

Suasana majlis kahwin itu disambut dengan penuh meriah oleh para tetamu. Malah, pasangan pengantin dilihat turut memakai busana songket berwarna kelabu.

Video berdurasi 1 minit itu memaparkan kelihatan pasangan pengantin itu diiringi kumpulan kompang sebelum berarak masuk ke dewan dan duduk di pelamin.

Setiap langkah mereka diserikan dengan alunan kompang yang menghidupkan suasana majlis, menjadikan detik berarak masuk itu bukan sahaja penuh kemeriahan tetapi juga sarat dengan nilai budaya.

Untuk makluman, pengantin perempuan tersebut adalah adik kepada pemilik video.

Menurut @thamayanthi._, 30 tahun yang lalu sebelum berkahwin, ibu mereka sudah berpesan kepada ayah apabila anak-anak berkahwin nanti, temanya mestilah adat Melayu.

“Ayah tidak pernah membantah, pengantin lelaki juga tiada halangan. Hari ini impian ibu benar-benar menjadi kenyataan. Saat pengantin perempuan dan lelaki diiringi dengan kompang, semua tetamu terkejut dan terharu,” kata wanita itu.

BACA: Rider Nekad “Balas Dendam”, Kejar Anjing Satu Taman Buat Ramai Terhibur
BACA: Keluarga Pempengaruh Dibunuh, Jasad Diletak Dalam Trak Pikap

Sumber: @thamayanthi._ via TikTok