Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pengarah & Pemuzik Ditahan, Didakwa Kerana Miliki, Guna Dadah
Polis telah menahan dan mendakwa seorang pengarah serta pemuzik kerana memiliki dan menggunakan dadah di sebuah hotel di ibu negara bulan lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil serbuan pada 4.30 petang 22 Okt lepas di sebuah bilik di hotel berkenaan, polis menjumpai sembilan pil berwarna biru disyaki ekstasi dengan anggaran berat 5.12 gram.
Beliau berkata tertuduh, yang berusia 42 tahun, kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan saringan awal air kencing mendapati dia positif empat jenis dadah iaitu amfetamina, metamfetamina, ketamin serta THC.
“Dia direman selama dua hari melalui perintah mahkamah bagi membantu siasatan sebelum pertuduhan dilakukan pada 24 Okt lepas di Mahkamah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu Seksyen 39A(1) kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) kerana menggunakan dadah.
Fadil berkata bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Beliau juga berkata mahkamah menetapkan 18 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
BACA: Insiden Sungai Golok: Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand – Ketua Polis Kelantan
Sumber: BERNAMA