Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
subsidi elektrik
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

Pengekalan Tarif Elektrik Di Semenanjung: Kerajaan Menyediakan Subsidi Elektrik Sebanyak RM5.96 Bilion Bagi Tempoh 1 Januari Hingga 30 Jun 2025

Nurul Naqiyah

Pengekalan Tarif Elektrik Di Semenanjung: Kerajaan Menyediakan Subsidi Elektrik Sebanyak RM5.96 Bilion Bagi Tempoh 1 Januari Hingga 30 Jun 2025

PUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2024 – Kerajaan pada 13 Disember 2024 telah bersetuju supaya kadar rebat dan surcaj terhadap tarif elektrik berdasarkan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang dikenakan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung DIKEKALKAN bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2025.

Oleh yang demikian, keputusan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna di Semenanjung bagi tempoh tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan adalah komited untuk menjamin kesejahteraan rakyat dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar.

Secara keseluruhannya, jumlah subsidi elektrik bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 yang akan dibiayai oleh Kerajaan pada kali ini adalah sebanyak RM2,388 juta. Kementerian percaya bahawa pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar adalah merupakan pendekatan yang terbaik pada masa ini supaya mengurangkan komitmen subsidi Kerajaan agar peruntukan tersebut dapat disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan lain kepada rakyat serta membolehkan Kerajaan terus menambah baik infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan menyokong sektor pendidikan negara.

Seterusnya, Kerajaan pada 13 Disember 2024 turut bersetuju dengan penetapan kadar purata tarif asas elektrik di Semenanjung bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah kerangka Incentive Based Regulation (IBR) untuk tempoh Regulatori Keempat (RP4) bermula pada 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.

Sehubungan perkara ini, Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu yang mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar dan lebih kompetitif di samping mengekalkan keseimbangan trilema tenaga (security, sustainability and affordability) dan jadual tarif baharu ini dicadang untuk dilaksanakan bermula pada 1 Julai 2025 dengan melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM3,570 juta yang akan dibiayai oleh Kerajaan.

Selain itu, Kerajaan terus kekal komited untuk memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terpelihara melalui Program Rebat Elektrik RM40 untuk pengguna elektrik dalam kategori Miskin Tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem e-Kasih di seluruh Malaysia pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Pengguna yang layak boleh membuat semakan status kelayakan masing-masing di laman sesawang https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti yang berhampiran. Pengguna juga boleh melihat jumlah subsidi elektrik yang diberikan oleh Kerajaan di dalam bil elektrik bulanan masing masing.

Kerajaan berharap agar pengekalan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2025 ini akan menjamin pemain-pemain industri supaya memastikan kestabilan harga barangan di pasaran dan menyokong usaha Kerajaan untuk menggalakkan pelaburan di Malaysia sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan merancakkan ekonomi negara.