Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
peniaga tolak isteri gaung
Gambar: BERNAMA

Peniaga Tolak Isteri Ke Dalam Gaung Didakwa Di Mahkamah

Fazidi

Peniaga Tolak Isteri Ke Dalam Gaung Didakwa Di Mahkamah

KUALA KANGSAR, 16 Ogos (Bernama) — Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu mengugut dan cuba membunuh isterinya bulan lepas.

Tertuduh yang berumur 39 tahun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dituduh menakutkan secara jenayah dengan ugut hendak menyebabkan kematian terhadap isterinya Nor Diyanah Ahmad, 32, dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke Kuala Kangsar dalam daerah Kuala Kangsar pada waktu malam, 26 Julai lepas.

Bagi pertuduhan berkenaan, lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa cuba membunuh Nor Diyanah sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan antara 4 pagi hingga 5 pagi di tepi jalan berdekatan Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, daerah Gerik, pada 27 Julai lepas.

Bagi pertuduhan kedua itu, dia didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera pada mana-mana orang, hendaklah dikenakan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Nor Azlan menawarkan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan pertama dan tidak menawarkan jaminan bagi pertuduhan kedua, namun sekiranya mahkamah ingin memberikan jaminan beliau mencadangkan RM20,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, Hakim Rohaida tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang diwakili peguam Hennie Soraya Hanafi dan menetapkan 19 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pada 1 Ogos lepas, media melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila bukan sahaja dicekik, malah ditolak ke dalam gaung oleh suaminya di Lebuh Raya Timur Barat (JRTB) Gerik.

Sumber: BERNAMA