Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penjawat Awam Ingkar PKP Berisiko Hilang Pencen – Cuepacs

SEREMBAN, 13 April -- SESAK...Pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dianggap masih kurang apabila terdapat masih banyak kenderaan di jalan raya ketika tinjauan fotoBernama semasa mengikuti operasi PKP di sekitar Bandaraya Seremban, hari ini. Operasi tersebut adalah untuk meminimumkan orang awam dari berlegar tanpa sebarang tujuan yang penting serta mengekang penularan COVID-19. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penjawat awam serta pesara kerajaan berisiko hilang pencen, sekiranya didapati bersalah tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

Dalam satu kenyataan hari ini Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata, penjawat awam dan pesara perlu mengetahui bahawa segala keistimewaan yang dinikmati seperti perkhimatan, bayaran gaji, elaun atau wang persaraan, mungkin akan ditarik balik sekiranya didapati bersalah melanggar undang-undang negara.

“Penjawat awam dan pesara perlu menunjukkan contoh terbaik bagi setiap undang-undang yang dikuatkuasakan seperti PKP, di mana arahan yang dikeluarkan sepanjang perintah ini perlu dipatuhi secara keseluruhan, tanpa keraguan dan alasan.

“Pematuhan secara keseluruhan terhadap arahan PKP ini, sekurang-kurangnya membantu mengawal pergerakan penduduk di negara, sekiranya mereka sebagai ketua keluarga dapat menjadi mata, telinga dan suara bagi pihak kerajaan, menasihati ahli keluarga masing-masing untuk kekal di rumah.

Adnan berkata, penjawat awam dan pesara merupakan contoh kepada masyarakat, terutama daripada sudut pematuhan undang-undang semasa atau selepas PKP berakhir.

– Bernama