Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Tiga Bulan Gaji

Sofea
penjawat awam selangor terima bonus
Kredit: Bernama

Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Tiga Bulan Gaji

SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) — Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak tiga bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata insentif berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada khidmat penjawat awam yang telah berusaha bersama-sama membangunkan negeri Selangor.

“BKK sebanyak satu bulan setengah gaji telah disalurkan pada awal tahun ini, manakala BKK kali kedua sebanyak satu bulan setengah gaji, (dengan) minimum RM1,000 akan disalurkan pada 18 Dis 2025,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Amirudin berkata bagi pemimpin masyarakat (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung), Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan dan Tersusun, Ketua Komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya serta Penggerak Belia Selangor pula akan menerima satu bulan elaun.

“Petugas masjid pula menerima RM500 sumbangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar (Pemerbadanan) (MBI Selangor),” katanya.

Sumber: BERNAMA