Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

NILAI, 20 NOVEMBER 2024 – Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd., syarikat induk di sebalik jenama kegemaran ramai, Siti Khadijah, mengumumkan penjenamaan semula sebagai Enda Group Sdn. Bhd. pada hari ini. Selaras dengan visi strategik syarikat, ia bertujuan untuk bergerak melangkaui identiti yang berasaskan jenama tunggal kepada kumpulan jenama gaya hidup yang dinamik.
Penjenamaan semula ini adalah bertujuan untuk memberi satu penghormatan kepada Allahyarham Tuan Enda, bapa angkat Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, pengasas kepada telekung Siti Khadijah. Peralihan kepada nama ini juga melambangkan Enda Group sebagai tulang belakang kepada anak–anak syarikatnya, sama seperti Tuan Enda yang sentiasa bertindak sebagai tonggak kekuatan Puan Hajah Padzilah.
Satu Tujuan: Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat
Di bawah naungan Kumpulan Enda, setiap anak syarikat berhasrat untuk menyediakan penyelesaian yang menyeluruh agar setiap individu dan keluarga dapat memperkasakan gaya hidup mereka secukupnya.

Antara Portfolio Jenama–Jenama Enda Group ialah :
Siti Khadijah (Ditubuhkan pada 2009): Dikenali dengan inovasi pakaian ‘Ibadah‘, Siti Khadijah berkembang menjadi jenama gaya hidup keluarga, dengan konsep “Selesa Luaran, Tenang Dalaman” melalui pengutamaan elemen selesa, praktikal dan sederhana.
Hegira (Ditubuhkan pada 2018): Jenama tudung yang bertujuan untuk menyokong wanita melalui perjalanan yang transformatif, meningkatkan kesejahteraan hidup dan memudahkan rutin harian mereka untuk kualiti hidup yang lebih baik.
Anbot (Ditubuhkan pada 2022): Khusus dengan peralatan pengembaraan dan penyelesaian luar, Anbot memupuk kepercayaan para pelanggan melalui kualiti produk unggul, pengalaman penggunaan yang mudah dan sokongan menyeluruh selepas pembayaran.
Fasa Baharu Siti Khadijah
Siti Khadijah terus meneguhkan kedudukannya sebagai jenama yang meningkatkan kualiti hidup. Daripada hanya mengutamakan pakaian ibadah wanita, kini Siti Khadijah berkembang menjadi jenama gaya hidup global yang konsisten mempromosikan prinsip keselesaan, praktikaliti, dan kesopanan dalam setiap rangkaian produknya. Perkara ini adalah selaras dengan visinya, ‘Menjadi jenama pilihan antarabangsa yang mendukung keselesaan, praktikaliti, dan kesopanan dalam penyelesaian gaya hidup‘, serta misinya, ‘Untuk menghayati Lambang Cinta Abadi dengan menginspirasikan gaya hidup bermakna melalui produk dan perkhidmatan yang inovatif‘.

Hegira dan Anbot: Memperkembangkan Naratif Gaya Hidup
Hegira dan Anbot melengkapkan hala tuju Enda Group dengan menawarkan penyelesaian bermakna yang disesuaikan dengan keperluan pelbagai individu moden. Setiap anak syarikat ini mempunyai fokus untuk mencapai matlamat melalui nilai dan objektif perniagaan yang kukuh.
Visi Hegira: Memberdayakan wanita untuk memainkan peranan penting dalam keluarga, komuniti, dan negara melalui produk dan pengalaman yang transformatif.
Visi Anbot: Membina kepercayaan dan penyelesaian sedia untuk pengembaraan melalui produk berkualiti tinggi dan pengalaman pengguna yang luar biasa.
Meneruskan Langkah Ke Hadapan
Penjenamaan semula kepada Enda Group Sdn. Bhd. bukan sahaja sekadar perubahan nama, tetapi merupakan komitmen baharu untuk menyediakan produk dalam pelbagai kategori gaya hidup. Enda Group yakin bahawa penjenamaan semula ini akan memperkukuh kedudukan Enda Group sebagai peneraju dalam memupuk gaya hidup bermanfaat, baik di peringkat tempatan mahupun global.
Sebagai sebuah organisasi yang berdedikasi untuk memberi impak positif kepada landskap sosioekonomi negara, Enda Group kekal teguh dengan visi yang bercita–cita tinggi. Menjelang tahun 2030, Enda Group berhasrat untuk mencapai hasil jualan sebanyak 0.5 bilion Ringgit secara total. Sasaran ini akan dicapai dengan memberikan perkhidmatan kepada lebih tiga (3) juta pelanggan dalam tempoh enam (6) tahun akan datang.
Bagi menyokong matlamat ini, Enda Group merancang untuk membuka 189 kedai baharu di seluruh negara, yang melibatkan jenama–jenama di bawah Enda Group. Inisiatif ini bukan sahaja akan menambah nilai kepada pelanggan Enda Group tetapi juga dapat memberi peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.