Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kalau korang tengok zaman serba canggih ni, boleh dikatakan ramai yang sudah tertipu dengan penjual di atas talian (online). Ada penjual yang mengaku barang ori, siap beriklan dengan menggunakan jenama produk terkenal. Tetapi bila kita dah beli, barang yang sampai dekat kita adalah barang tiruan dan tidak berjenama.
Untuk pengetahuan korang, para penjual seperti ini akan mengambil kesempatan atas kepercayaan pelanggan yang membuat bayaran tanpa melihat barangan secara bersemuka.
Malahan, ada bermacam-macam kes penipuan sebegini kita boleh tengok di media sosial, tak kurang juga pada ruangan review kedai online itu sendiri.
Salah satunya yang korang boleh tengok sendiri ialah penjual vakum atas talian yang menggunakan jenama terkenal seperti di bawah ini. Jika korang lihat, ramai pembeli meluahkan rasa tidak puas hati dipercayai ditipu.



Bagi korang yang pernah menjadi mangsa, korang boleh terus membuat aduan kepada KPDNHEP dan membuat tuntutan sama ada kepada platform e-dagang, Mahkamah Tuntutan Kecil (Bawah RM5k) mahupun Tribunal Tuntutan Pengguna (RM50,000).
Korang juga boleh hadir sendiri ke Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di seluruh Malaysia atau layari ttpm.kpdnhep.gov.my untuk membuat aduan.
Pastikan korang simpan bukti-bukti yang perlu ada bagi membolehkan korang membuat tuntutan ganti rugi. Antaranya ialah:
Rekod komunikasi antara korang dengan penjual
Maklumat barang seperti yang diiklankan oleh penjual
Resit pembayaran atau transaksi
Maklumat kurier dan nombor pengesahan kurier

Diharapkan agar korang sentiasa berhati-hati ketika membuat transaksi jual beli atas talian ni.
Setiap kali korang buat transaksi, pastikan rekod-rekod maklumat seperti yang dinyatakan di atas ni sebagai bukti jika berlaku penipuan.