Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penunggang Motosikal Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Gambar: Bernama

IPOH, 3 Jun (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika menunggang motosikal di Taman Universiti, dekat Tanjung Malim, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kejadian yang menimpa Chin Kock Heng, 67, pada pukul 4.41 petang.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat sebatang pokok tumbang menghalang jalan raya dan menghempap seorang penunggang motosikal jenis Honda EX5,” katanya.

Chin disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi terbabit dan mayatnya kemudian diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Anggota bomba turut melakukan pembersihan dan pemotongan pokok dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum operasi terbabit selesai sepenuhnya pada 5.32 petang, menurut jurucakap itu.

Sumber: BERNAMA