Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penuntut Universiti Maut Terjatuh Bangunan Asrama

Penuntut Universiti Maut
Kredit: Bernama

GEORGE TOWN, 15 Okt (Bernama) -- Seorang penuntut perempuan sebuah universiti maut selepas dipercayai terjatuh bangunan di blok asrama institut pengajian tinggi itu di Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada pihak universiti pada 8.40 pagi, memaklumkan penemuan mayat penuntut universiti berumur 21 tahun yang menetap di asrama tersebut.

“Mayat penuntut perempuan itu pada 7.25 oleh petugas kebersihan universiti tersebut dalam keadaan terlentang di atas simen bawah blok asrama disyaki jatuh bangunan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, tiada terkesan sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan luaran disyaki akibat jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.

Intipati
  • Seorang penuntut perempuan universiti berusia 21 tahun maut dipercayai terjatuh dari blok asrama.
  • Mayat mangsa ditemukan petugas kebersihan dalam keadaan terlentang di atas simen bawah asrama.
  • Polis berkata tiada unsur jenayah dikesan, dan Laporan Mati Mengejut dibuka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan