Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
penyaluran segera banjir kilat
Kredit: Bernama

Penyaluran Segera RM150 Juta Langkah Responsif Kerajaan Tangani Banjir Kilat

Azizah Najib

Penyaluran Segera RM150 Juta Langkah Responsif Kerajaan Tangani Banjir Kilat

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Penyaluran segera peruntukan RM150 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menangani banjir kilat di ibu kota dan beberapa bandar di negara ini, adalah langkah responsif kerajaan terhadap permasalahan rakyat serta meringankan beban pihak bertanggungjawab yang sering terbeban dengan kos tambahan mengurus bencana.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Datuk Dr Alias Rameli berkata peruntukan itu dapat dimanfaatkan PBT dan JPS bagi melaksanakan kerja pembersihan parit serta longkang di kawasan bandar yang kerap tersumbat hingga mengakibatkan banjir kilat.

“Peruntukan ini amat bermakna buat PBT dan dengan dana ini dapat melancarkan gerak kerja pihak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Bernama.

BACA: STR Kategori Isi Rumah Bakal Terima Keseluruhan RM4,600

Alias turut berpandangan isu bencana banjir kilat juga perlu diselesaikan dengan perancangan jangka panjang melalui pendekatan build back better iaitu kaedah perancangan pembangunan bersifat mitigasi serta pencegahan melalui pembinaan kawasan penempatan baharu di lokasi selamat dari risiko banjir.

Menurutnya, PLANMalaysia telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya menyediakan Rancangan Tempatan (RT) sebagai panduan pembangunan fizikal di kawasan bandar atau daerah.

“RT ini telah diwartakan sebagai panduan kepada PBT dalam membuat pertimbangan kepada permohonan pembangunan yang dikemukakan oleh pihak pemaju atau pemilik tanah,” katanya.

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohammad Fajar Ikhsan pula berkata peruntukan segera itu menjadi isyarat jelas kerajaan agar PBT dan JPS segera memulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai bagi menambah baik sistem pengairan serta saliran di kawasan bandar.

BACA: PLKN 3.0 Dilaksanakan Guna Konsep Baru, Libatkan Lepasan Kadet Sekolah

“Banyak sistem perparitan sedia ada di bandar-bandar ketika ini diwarisi dari reka bentuk sebelum merdeka yang tidak dapat menampung kuantiti hujan banyak dalam satu-satu masa. Ini akan menyebabkan air melimpah ke jalan raya,” katanya.

Mohammad Fajar turut mencadangkan agar satu proses penilaian terhadap tahap kualiti kerja yang dilaksanakan PBT dan JPS dijalankan bagi memastikan pihak itu menyiapkan projek seperti disasarkan kerajaan dalam menangani banjir kilat.

Menerusi Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini, kerajaan turut bersetuju memperuntukan hampir RM600 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai persiapan mendepani musibah banjir serta lebih RM300 juta disediakan sebagai persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

BACA: Kerajaan Cadang Naikkan Kadar Duti Eksais Minuman Bergula 40 Sen Seliter

Sumber: Bernama