Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Penyanyi Bollywood Terkenal, Rahat Fateh Ali Khan Bakal Perform Live Di KL November Ini

Amira
bollywood fateh ali khan

Penyanyi Bollywood Terkenal, Rahat Fateh Ali Khan Bakal Perform Live Di KL November Ini

Kuala Lumpur, 3 Sept 2025 – Berita baik untuk semua peminat muzik! Hitman Solutions bakal membawa semula maestro qawwali terkenal dunia, Ustad Rahat Fateh Ali Khan, ke Malaysia pada 1 November 2025 bertempat di Idea Live Arena, 3 Damansara. Apa yang menjadikan konsert kali ini lebih istimewa, beliau akan tampil bersama anaknya, Shahzaman Ali Khan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam legasi muzik keluarga Khan.

Rahat Fateh Ali Khan, yang juga pewaris kepada legenda muzik Ustad Nusrat Fateh Ali Khan, sudah lebih tiga dekad mencipta nama sebagai salah seorang penyanyi Sufi dan Bollywood paling dihormati. Beliau pernah menggegarkan pentas di seluruh dunia dengan lagu-lagu popular yang kini dianggap klasik dalam qawwali dan juga filem Bollywood.

Antara lagu kegemaran ramai yang bakal dipersembahkan termasuklah O Re Piya (Aaja Nachle), balada romantik Teri Meri (Bodyguard), lagu ikonik Mann Ki Lagan (Paap), fenomena global Afreen Afreen (Coke Studio), serta Dil To Bachcha Hai Ji (Ishqiya).

bollywood fateh ali khan

Apa yang menarik, muzik Rahat bukan sahaja kekal dengan gaya qawwali klasik, malah berjaya digabungkan dengan sentuhan moden. Kini giliran Shahzaman pula untuk meneruskan warisan keluarga ini, memastikan muzik dan semangat mereka terus dekat di hati generasi baharu.

Pada April lalu, persembahannya di The Star Theatre, Singapura berjaya menarik lebih 5,000 peminat yang terpukau dengan tiga jam persembahan penuh tenaga, bukti pengaruh global dan magis seni beliau yang tak lapuk dek zaman.

“Konsert di Singapura habis terjual dalam masa singkat. Jadi kami rasa sudah sampai masa untuk bawa beliau ke Malaysia supaya peminat tempatan dapat merasai sendiri kehebatan suara legenda Sufi ini,” kata Rohit Rampal, CEO dan pengasas Hitman Group.”

bollywood fateh ali khan

Bagi pemegang kad Mastercard, anda boleh dapat akses awal untuk pra-jualan tiket dan tempat duduk eksklusif melalui priceless.com bermula 2 September 2025, jam 11:00 pagi selama 48 jam. Malah, ada peluang bertemu artis secara eksklusif untuk tiga pembeli pertama tiket pra-jualan.

Jualan tiket umum pula bermula 4 September 2025, jam 12:00 tengah hari di www.hitmanlive.com dengan harga bermula RM199 (Bronze), RM259 (Silver), RM299 (Gold), RM359 (Platinum), RM399 (Diamond), RM499 (VIP) dan RM799 (VVIP).

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati malam penuh magis dengan qawwali, ghazal, dan lagu Bollywood terbaik, sebuah persembahan yang menyatukan tradisi dan masa depan dalam satu pentas.

Konsert ini dibawakan oleh Hitman Solutions, dengan Varnam sebagai rakan media rasmi, serta Raaga FM dan THR Gegar FM sebagai rakan radio rasmi.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi +6012-2655783 atau [email protected].