Sekumpulan pengkaji yang telah membuat satu penemuan berkenaan Covid-19 dan mengesahkan bahawa virus tersebut boleh hidup di permukaan selama lebih 2 minggu.
Menurut satu kertas kajian yang dikeluarkan CDC pada Isnin, masih terdapat virus yang hidup di permukaan kabin kapal persiaran Diamond Princess itu selepas 17 hari kapal tersebut dikosongkan.
Terdapat lebih 700 kes positif yang disahkan dijangkiti oleh para penumpang di kapal tersebut.

Beribu-ribu orang telah dilaporkan dijangkiti dengan virus Covid-19 di seluruh dunia sejak wabak pandemik itu tercetus di Wuhan, China pada Disember lalu.
Kajian awal mendapati bahawa virus tersebut mampu hidup pada permukaan plastik dan besi selama tiga hari.
Virus ini juga dipercayai tidak begitu stabil di permukaan tembaga, kerana kajian yang dijalankan menunjukkan tiada kesan virus ini pada permukaan tersebut selepas 4 jam.
Ianya juga tidak stabil pada permukaan kadbod, kerana selepas 24 jam, virus ini didapati telah tiada, menurut New England Journal of Medicine.

Kajian terbaru yang dilakukan CDC berkenaan satu bilik yang tidak dibersihkan dijalankan. Kajian tersebut mendapati bahawa, pembersihan adalah salah satu cara terbaik untuk membunuh virus ini.
Dalam pada itu, CDC juga turut menyatakan bahawa penularan virus ini di kapal Diamond Princess berlaku sebelum kapal tersebut dikuarantin. Ini kerana, jangkitan ini bermula daripada kalangan krew kapal sendiri yang seterusnya telah tersebar kepada penumpang.
Dalam sebuah lagi kapal persiaran, Grand Princess, anggota krew kapal dipercayai telah dijangkiti terlebih dahulu sebelum ianya dijangkiti oleh para penumpang yang lain, menurut kajian tersebut.
Sumber: Daily Mail