Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pereka Fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Kredit gambar: Menteri Pengajian Tinggi

PUTRAJAYA, 16 Okt – Pereka fesyen popular, Datuk Rizalman Ibrahim dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sehubungan itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad mengucapkan kata-kata penghargaan buat pelantikan tersebut.

“Tahniah kepada Datuk Rizalman Ibrahim atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

“Berdasarkan pengalaman yang ada, saya yakin Datuk Rizalman mampu menyumbang kepakaran dan khidmat bakti terutamanya dalam bidang keusahawanan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, individu ternama yang turut pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM ialah usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof pada Mei tahun lalu.

Sumber: Menteri Pengajian Tinggi