Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Perkembangan Terkini Kes Kematian Zara Qairina – Pengarah JSJ

Perkembangan Terkini Kes Zara Qairina
Gambar: Bernama

Perkembangan Terkini Kes Kematian Zara Qairina – Pengarah JSJ

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa laporan siasatan telah diteliti dan dinilai oleh Jabatan Peguam Negara.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk M. Kumar, dapatan penilaian tersebut terdapat keperluan untuk menggali semula (exhume) mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem).

“Ia bertujuan memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.

“Aturan prosedur bedah siasatan (post-mortem) dan menggali semula (exhume) akan dibuat dengan kadar segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.

“PDRM mengesahkan bahawa keadilan akan sentiasa ditegakkan dan siasatan yang dijalankan adalah lunas undang-undang, fakta dan keterangan yang diperolehi.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia