Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perlis, Kedah, Sabah Dan Sarawak Dijangka Hujan Lebat Petang Ini

ribut
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah sehingga jam 4 petang ini.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat ialah seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah.

Antara kawasan di Kedah yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat turut dijangka berlaku di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang.

Sementara itu di Sabah, kawasan yang dijangka menerima hujan lebat ialah kawasan Pedalaman melibatkan Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan.

Selain itu, kawasan Pantai Barat turut terlibat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

Bagi kawasan Sandakan, amaran melibatkan Kinabatangan dan Sandakan, manakala di Kudat pula membabitkan Pitas dan Kudat.

MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran tersebut merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.