Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Permohonan Calon Guru Tajaan PDPP Dibuka Bermula 9 Mac Ini - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa permohonan pengambilan Calon Guru Tajaan bagi latihan praperkhidmatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) tahun 2026 akan dibuka bermula 9 Mac Ini.
Menerusi satu kiriman di Facebook, KPM berkata permohonan itu akan dibuka sehingga 27 Mac.
Menurutnya, mod program tersebut adalah sepenuh masa dan tempoh pengajian selama satu tahun (tiga semester).
Pemohon diwajibkan untuk mengemukakan salinan dokumen menerusi pautan dokumen (muat naik pautan di Google Drive), pada ruangan 'Permohonan Kursus'.
KPM berkata pemohon perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Kegagalan mengemukakan salinan dokumen menyebabkan permohonan tidak dapat dipertimbangkan.
Selain itu, sekiranya tiada pilihan kluster yang bersesuaian dengan Ijazah Sarjana Muda, anda tidak layak memohon bidang yang ditawarkan.