Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
batal abai anak zayn
Kredit: Bernama

Permohonan Ibu Bapa Zayn Rayyan Batal Pertuduhan Abai Anak Ditolak

Azizah Najib

Permohonan Ibu Bapa Zayn Rayyan Batal Pertuduhan Abai Anak Ditolak

SHAH ALAM, 4 Mac (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan demikian selepas menolak notis usul yang difailkan kedua-dua tertuduh pada Januari lepas selaku pemohon.

Susulan itu, perbicaraan kes membabitkan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dijadualkan berlangsung seperti biasa pada 11 Mac ini.

“Mahkamah telah meneliti notis usul dan afidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak-pihak, mahkamah memutuskan menolak permohonan pemohon (bagi membatalkan pertuduhan).

“Saya telah meneliti pertuduhan yang dihadapi oleh pemohon-pemohon dan mendapati tiada kecacatan dalam pertuduhan dikemukakan itu,” kata Roszianayati dalam prosiding keputusan permohonan kes itu.

Roszianayati ketika membaca keputusan ringkas itu berkata pertuduhan dihadapi tertuduh memenuhi inti pati terhadap kesalahan dihadapi mereka di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Sebagai orang mempunyai penjagaan terhadap seorang kanak-kanak telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

“Mahkamah mendapati pertuduhan yang didraf (dirangka) telah memberikan notis cukup kepada pemohon yang dikatakan telah mengabaikan kanak-kanak tersebut dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal,” katanya.

Susulan itu, Roszianayati berkata pihak pendakwaan mempunyai tanggungjawab untuk membuktikan cara pengabaian itu dilakukan iaitu melalui keterangan-keterangan yang akan dikemukakan.

“Di samping itu, pihak pendakwaan mempunyai beban (tanggungjawab) untuk membuktikan bahawa pengabaian tersebut mestilah suatu yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak tersebut,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Muhamad Amin, manakala Lavanesh Haresh dan Marcus Lee mewakili kedua-dua tertuduh.

Pada 3 Feb, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak bantahan awal pihak pembelaan yang mendakwa pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh adalah cacat atau defektif.

Pada 13 Jun 2024, kedua tertuduh, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu, dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya dan mangsa dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

BACA: Perbicaraan Kes Pengabaian: Ibu Zayn Rayyan Jerit “Ini Salah Mommy” – Saksi

Sumber: Bernama