Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pertabalan Raja Charles III
Gambar: CNN

Pertabalan Raja Charles III Tarik Perhatian Dunia

Pertabalan Raja Charles III Tarik Perhatian Dunia

LONDON, 6 Mei (Bernama-dpa) — Raja Charles III secara rasmi ditabalkan menerusi istiadat pertabalan diraja dan detik bersejarah itu disaksikan di seluruh dunia, lapor dpa.

Raja Charles menjadi pemerintah ke-40 yang ditabalkan di Westminster Abbey sejak 1066, dan istiadat pertabalan itu disempurnakan oleh Uskup Agung Canterbury Justin Welby.

Istiadat pertabalan itu akan menggabungkan tradisi lama dan moden selain mencerminkan peranan Raja Charles di masa hadapan.

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Hadiri Pertabalan Raja Charles III

LONDON, 6 Mei (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat menghadiri istiadat pertabalan Raja Charles III, yang berlangsung di Wesminster Abbey pada Sabtu.

Seri Paduka berdua tiba di London, pada Rabu bagi mengadakan lawatan khas hingga 14 Mei, atas persilaan rasmi Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom (UK).

Baca: Patutlah Ramai Nak Pergi, Majlis Raya Ni Siap Ada Konsert Artis Terkenal & ‘Game Xploria’

Kota London hari ini menjadi tumpuan dunia dengan kunjungan raja-raja dan anggota kerabat, ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan serta dif-dif kenamaan utama dari seluruh dunia. Kira-kira 2,000 tetamu jemputan khas menghadiri upacara bersejarah United Kingdom itu.

Upacara gemilang penuh istiadat tradisi diraja UK itu turut menyaksikan pertabalan Permaisuri Camilla, bermula pada 11 pagi waktu UK (6 petang waktu Malaysia), yang diikuti oleh rakyat England serta masyarakat antarabangsa menerusi siaran televisyen secara langsung dan media sosial.

Al-Sultan Abdullah, yang memakai pakaian istiadat No. 1 tentera sementara Tunku Azizah mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna kuning direka khas oleh baginda sendiri untuk istiadat pertabalan baginda berdua pada tahun 2019.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah merupakan Ketua Negara Malaysia yang pertama berangkat menghadiri ke Istiadat Pertabalan Raja UK

Kali terakhir istiadat yang sama diadakan adalah 70 tahun lalu, ketika Ratu Elizabeth II ditabal menjadi ketua negara UK pada 2 Jun 1953. Ketika itu, Tanah Melayu (kini Malaysia) masih belum merdeka dan Institusi Yang di-Pertuan Agong belum lagi wujud.

Mengikut rekod sejarah ketika istiadat pertabalan Ratu Elizabeth II, Sultan Kelantan, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Sultan Perak berkenan berangkat mewakili Tanah Melayu, yang ketika itu masih lagi tertakluk di bawah pentadbiran British sebagai negara koloni, ke istiadat pertabalan berkenaan.

Sempena istiadat pertabalan Raja Charles III, Malaysia turut diwakili dalam perarakan pertabalan besar-besaran yang menyaksikan pembabitan kira-kira 6,000 anggota tentera UK termasuk 400 anggota tentera dari 38 negara Komanwel.

Sejumlah 12 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, bangga diberi penghormatan menyertai perbarisan dan perarakan diraja dengan mempamerkan keterampilan dan mutu kawad terbaik.

Suasana di sekitar London bagaikan berpesta dengan orang ramai dari serata pelosok dunia membanjiri kota raya untuk menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah era moden ini.

Sumber: BERNAMA