Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Pertama Kali Kenal…” Ramai Terharu Lihat Nenek Hulur Buah Tangan ‘Istimewa’ Kepada Lelaki Ini

Athirah
Nenek Hulur Buah Tangan ‘Istimewa’
Kredit: @wansallih92gmail.com via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Pertama Kali Kenal…” Ramai Terharu Lihat Nenek Hulur Buah Tangan ‘Istimewa’ Kepada Lelaki Ini

Sikap prihatin dan bertimbang rasa masih menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun berdepan dengan kehidupan moden yang serba mencabar, ramai dalam kalangan masyarakat masih mengekalkan nilai murni dengan membantu dan menghormati individu lain, termasuk mereka yang tidak dikenali.

Sebenarnya, untuk berbuat baik tidak memerlukan masa yang khusus. Dalam kehidupan seharian, kita boleh menunjukkan kebaikan melalui perkara-perkara kecil, terutamanya dengan jiran tetangga.

Tanpa kita sedari, sikap murah hati ini mampu membuatkan orang lain berasa dihargai, senang hati dan gembira walaupun pada hari yang penuh dengan tekanan.

Selain itu, nilai kecil yang ditunjukkan melalui perbuatan baik boleh memberi kesan besar dalam menceriakan hari seseorang serta mengeratkan hubungan sesama manusia.

Nenek baik hati hulurkan buah tangan kepada lelaki ini

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang lelaki berkongsi situasi dirinya disapa oleh seorang warga emas ketika sedang berlegar sekitar taman perumahan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @wansallih92gmail.com di TikTok, beliau yang merupakan seorang ejen Astro, sedang menurunkan motosikalnya selepas dipanggil oleh nenek berkenaan yang ingin memberikan sesuatu kepadanya.

Pada mulanya, beliau menyangka nenek itu sekadar ingin bersembang, namun tidak disangka, nenek yang dikenali sebagai Mak Rokiah itu rupa-rupanya membungkuskan satu plastik berisi buah kedondong dan jambu batu hasil tanaman sendiri.

Pesan Mak Rokiah, sedekahkan sahaja buah-buahan itu kepada orang lain sekiranya tiada sesiapa yang mampu menghabiskannya.

Mak Rokiah juga sempat selitkan ‘sesuatu’

Dalam masa sama, nenek tersebut turut sempat menghulurkan sedikit wang kepada Wan sebagai tanda ikhlas, supaya dapat digunakan untuk membeli minuman.

“Kedondong dengan jambu batu. Semua elok tak berulat. Saya jamu kawan-kawan dapat lah merasa sikit seorang,” kata @wansallih92gmail.com.

Meskipun telah menolak berkali-kali, lelaki ini akhirnya akur apabila Mak Rokiah tetap berkeras mahu dia menerimanya.

Selepas itu, @wansallih92gmail.com meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan warga emas tersebut sebelum kembali menyambung tugasnya, malah mereka juga sempat mengambil gambar bersama sebagai tanda kenangan.

Tambahnya, mungkin Mak Rokiah mahu mengumpul saham akhirat dengan menderma makanan dan duit kepadanya.

“Seronok kerja hari-hari ada yang mendoakan,” kata @wansallih92gmail.com lagi.

BACA: Kurangkan Ketagihan Kopi Dalam Hidup Anda Dengan 7 Langkah Ini
BACA: Takut Keluar Malam, Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

Sumber: @wansallih92gmail.com via TikTok