Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
pesawat india dilencongkan
Kredit: Bernama

Pesawat India Menuju London Dilencongkan Ke Jerman Selepas Ancaman Bom

Azizah Najib

Pesawat India Menuju London Dilencongkan Ke Jerman Selepas Ancaman Bom

FRANKFURT, 19 Okt (Bernama) — Sebuah pesawat India dengan 147 penumpang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Frankfurt, Jerman selepas menerima ancaman bom ketika dalam perjalanan dari Delhi ke London, kata polis Jerman pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ancaman itu disampaikan melalui platform media sosial X, dengan mendakwa bom yang dipasang di dalam pesawat yang dikendalikan Vistara, menurut jurucakap polis.

Juruterbang segera memaklumkan kepada kawalan trafik udara Jerman dan meminta untuk dilencongkan ke Frankfurt.

BACA: Dah Macam Berjoget, Gelagat Lelaki Halau Anjing Buat Ramai Terhibur

Permintaan itu diluluskan dan pesawat itu mendarat pada 9.02 malam (1902 GMT).

Setelah mendarat, kapal terbang diperiksa dengan teliti oleh polis bersama anjing pengesan. Tiada bom ditemukan dan pesawat diisytiharkan selamat.

Pada awal September, satu lagi penerbangan Vistara dari Mumbai ke Frankfurt dilencongkan ke sebuah lapangan terbang di timur Turkiye selepas ancaman bom dijumpai ditulis di atas tisu tandas dalam pesawat.

BACA: Prosedur Permohonan Sijil Halal Dipendekkan Kepada 15 Hari Bekerja

BACA: Pembantu Ditahan Kerana Campur Air Kencing Dalam Makanan Majikan

Kredit: Bernama