Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Lion Air Bawa 189 Penumpang Sah Terhempas

Penerbangan pesawat Boeing 737 MAX 8 milik Lion Air yang terputus hubungan sejurus berlepas pada 6.20 pagi tadi disahkan terhempas.

Menurut Agensi Pencarian dan Penyelamat Nasional Indonesia, penerbangan yang membawa seramai 189 penumpang itu terhempas pada jam 7.30 pagi waktu tempatan di Pangkal Pinan, Pulau Bangka Indonesia.

Pesawat jenis JT-610 itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi dan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa, sehingga kini mereka belum mendapat sebarang maklumat mengenai status pesawat, penumpang dan anak kapal.

Sumber: CNN