Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Pejuang AS Dilaporkan Terhempas, Operasi Mencari Juruterbang Digiatkan

Gambar: The Sun

Sebuah pesawat pejuang Amerika syarikat US F-15 telah terhempas di Laut Utara hari ini, lapor The Sun.

Tentera Udara AS mengesahkan bahawa pesawat F-15C Eagle itu telah terhempas sekitar jam 9.40 pagi (waktu tempatan).

“Pesawat itu berasal dari Fighter Wing ke-48, RAF Lakenheath, United Kingdom. Semasa kejadian, pesawat itu berada dalam misi latihan rutin dengan seorang juruterbang di dalamnya.

“Punca kemalangan serta status juruterbang tidak diketahui pada masa ini dan UK Search and Rescue telah dipanggil untuk membantu,” kata kenyataan dari Tentera Udara AS.

Sumber: The Sun