Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Petron Malaysia Siasat Dakwaan Pencemaran Petrol RON95 Di Beberapa Stesen Minyaknya Di Wilayah Utara

Petron Malaysia Siasat Dakwaan Pencemaran RON95
Kredit: Bernama

Petron Malaysia mengambil serius dakwaan pencemaran petrol RON95 di beberapa stesen minyak di wilayah Utara.

Dalam satu kenyataan ringkas, Petron Malaysia memaklumkan pihaknya mengambil maklum berkenaan dakwaan tersebut dan kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Keselamatan pelanggan dan kualiti produk adalah keutamaan kami,” katanya menerusi kenyataan itu.

Kenyataan ini dibuat susulan tular dakwaan terdapat pengguna yang mengalami masalah kenderaan selepas mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Batu Kawan, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Petron Malaysia turut meminta orang ramai untuk menghubungi pihak mereka untuk sebarang pertanyaan.

“Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui e-mel di [email protected] atau talian 1 300-22-8211,” ujarnya.