Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Petronas Buka Peluang Jadi Pengusaha Stesen Minyak, Ini Syarat Permohonan
Setiap hari, seluruh stesen minyak di Malaysia dipenuhi dengan ribuan kenderaan. Dari bandar hingga ke pedalaman, stesen minyak menjadi nadi penting pergerakan harian orang ramai.
Namun, mungkin ramai tidak sedar bahawa di sebalik kesibukan itu, ada peluang besar yang menanti untuk menjana pendapatan.
Jika ada modal yang mencukupi, anda sebenarnya boleh menjadi pengusaha stesen minyak.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini Petronas Brands menerusi Facebook menguar-uarkan bahawa mereka membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menguruskan stesen minyak.
“Peluang untuk memohon sebagai dealer stesen Petronas akan dibuka tidak lama lagi.
“Kalau anda memang bercita-cita ingin menguruskan stesen Petronas sendiri, inilah peluang untuk berkembang bersama kami,” katanya.
Orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan di laman web Petronas bermula 28 Oktober ini.
Pihak Petronas juga turut menyatakan syarat permohonan dan dokumen yang diperlukan.
1. Warganegara Malaysia.
2. Bersedia mengendalikan stesen minyak sepenuh masa atas dasar pemilikan tunggal.
3. Berumur antara 23 hingga 45 tahun pada tarikh permohonan
4. Mampu menyediakan modal kerja sebanyak RM270,000 dalam bentuk aset cair.
5. Mempunyai sekurang-kurangnya diploma atau lima tahun pengalaman kerja.
1. Borang permohonan pengedar secara dalam talian.
2. Gambar pasport pemohon.
3. Salinan Kad Pengenalan Malaysia (depan dan belakang).
4. Sijil akademik, sijil pencapaian atau sijil berkaitan
5. Penyata kewangan dengan baki minimum RM270,000 atas nama pemohon.
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, anda boleh mengikuti Petronas Brands di Facebook atau layari laman web mymesra.
Sumber: Petronas Brands