Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
klfw designer search 2024
Tiada Kategori

PEUGEOT 408 Sebagai Inspirasi, KLFW Designer Search 2024 Perkenal 3 Bintang Fesyen Baharu

Nurul Naqiyah

PEUGEOT 408 Sebagai Inspirasi, KLFW Designer Search 2024 Perkenal 3 Bintang Fesyen Baharu

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2024 – Kemeriahan acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024) diteruskan lagi apabila mengetengahkan bakat, kreativiti dan kelestarian menerusi satu segmen khas yang dikenali sebagai “Design to Sustain” sempena KLFW Designer Search kali keenam.

Bertemakan “Capturing Allure” yang diinspirasikan daripada PEUGEOT 408 serba baharu, 15 orang pereka fesyen muda yang semakin meningkat naik mempamerkan rekaan inovatif mereka apabila merealisasikan lakaran menggunakan material-material yang boleh dikitar semula. Ini merupakan kali pertama program KLFW Designer Search berkolaborasi dengan jenama automotif.

Suasana menjadi begitu meriah ketika lampu sorot terarah kepada para finalis dan rekaan mereka menunjukkan kreativiti serta visi unik yang memberi nafas baharu kepada fabrik-fabrik yang telah dikitar semula. Ini membuktikan bahawa kelestarian boleh dipadankan dengan gaya.

Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, “Kelestarian bukan lagi satu trend, tetapi satu unsur penting buat banyak industri seperti automotif dan fesyen. Ia juga bukan sekadar untuk hidup malah untuk terus cemerlang. Kelestarian ialah satu nilai utama di Stellantis.

klfw designer search 2024

Bagi PEUGEOT, kami sentiasa mencari jalan inovatif dalam menghasilkan produk-produk yang berfungsi dan mapan. Ia tentang menggunakan material berkualiti tinggi, diperoleh secara bertanggungjawab dan memanfaatkan teknologi dalam usaha mengurangkan kesan ke atas alam sekitar.

“Matlamat kami adalah untuk masa depan di mana mobiliti dan alam sekitar mampu hidup bersama secara harmoni. KL Fashion Week nyata menjadi rakan yang luar biasa dalam usaha ini.

Kami sangat teruja untuk melihat bagaimana reka bentuk dan tarikan 408 dapat memberi inspirasi serta memainkan peranan sebagai pencetus idea kepada para pereka-pereka ini.

Namun, apa lebih penting adalah untuk mencipta satu platform buat para pereka yang memiliki bakat hebat ini. Mereka menghasilkan karya yang mempunyai kuasa untuk memberi inspirasi, mengubah persepsi dan memacu kepada perubahan positif,” kata Jamie.

Bengkel pertandingan “Design to Sustain” yang berlangsung pada 16 Jun menyaksikan seramai 63 orang artis telah menghantar tiga lakaran pakaian wanita yang diinspirasikan daripada tema ‘Capturing Allure’. Mereka juga terlibat dalam sesi pembentangan fesyen secara langsung.

Selepas ditapis, 15 orang pereka terbaik ditugaskan untuk mengetengahkan dua rekaan di perangkat akhir. Mereka mesti menggunakan material kitar semula daripada Line Clothing Malaysia (LLCM) yang merupakan pengumpul tekstil sifar buangan terbesar di negara ini.

Tugas memilih tiga peserta teratas daripada para pereka luar biasa ini diserahkan kepada sepasukan 7 orang juri – Pengasas KLFW, Andrew Tan; Pengurus Pemasaran Stellantis Malaysia, E-Ling Cheah; Pengarah Kreatif Min Luna Creative Agency, Min Luna; Pengarah Kreatif dan Penggaya Fesyen, Andrea Wong; Pengkritik Fesyen, Kak Zai serta pereka fesyen Kit Woo dan Syomirizwa Gupta. Juri-juri tersebut adalah pakar dalam industri fesyen dan penyokong tegar scene fesyen tempatan.

Mereka nyata berjaya memukau audien dan juri dengan kreativiti, keaslian, inovasi serta kepakaran teknikal yang luar biasa. Sebagai pemenang, mereka diberi peluang eksklusif untuk mempamerkan koleksi penuh masing-masing pada acara KLFW 2025 dan Lao Fashion Week: Zero Waste Oktober depan.

Tiga pemenang KLFW Designer Search 2024 ialah Mei Xuan Tieo menerusi koleksi bertajuk “Ephemeral Reverie”. Pemenang kedua ialah Raja Irfan dengan koleksi “Eternal Allure” manakala pemenang ketiga ialah Salahuddin Hilmi dengan koleksi “Rockstar”.

Ketiga-tiga pemenang berkongsi bagaimana PEUGEOT 408 memberi inspirasi kepada rekaan mereka. Bagi Mei Xuan yang berasal dari Kuala Lumpur, rekaannya menggabungkan teknologi, garis aerodinamik dan gaya anggun PEUGEOT 408 dengan budaya tradisional Jepun dan daya tarikan Geisha selepas perang. Elemen ini terbukti dalam koleksi kemenangannya.

Raja Irfan dari Klang, yang identiti visualnya berkenaan reka bentuk struktur berkata, “Saat saya melihat PEUGEOT 408, saya langsung jatuh cinta dengan lampu depannya.

Siluet dan garisan kereta itu juga menarik perhatian saya.” Unsur-unsur ini dipaparkan dalam rekaan Raja Irfan di mana dia mencipta garisan berstruktur menggunakan korset, tali pinggang, dan elemen di bahu yang dibesar-besarkan.

klfw designer search 2024

Turut diinspirasikan oleh lampu depan PEUGEOT 408, Salahuddin yang berasal dari Kedah berkata, “Saya mahu koleksi “Rockstar” menonjolkan kekasaran dan misteri.

Lampu depan dan belakang, rim, siluet, dan garisan PEUGEOT 408 memberi inspirasi kepada naratif rekaan saya, dan saya juga menggabungkan warna bendera Perancis – merah, putih dan biru – untuk memberi penghormatan kepada negara asal jenama itu.”

Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan berkata, “Pertandingan Designer Search pada tahun ini sekali lagi meningkatkan penanda aras fesyen di Malaysia. Bakat yang ditunjukkan pada malam ini membuktikan tahap kreativiti, individualiti dan inovasi yang tinggi dalam industri fesyen kita.

“Menggabungkan gaya dengan kelestarian, para pereka ini telah menunjukkan pendekatan pemikiran masa depan yang nyata selari dengan visi KLFW. Pada masa sama, kami rasa bertuah kerana mempunyai rakan yang memiliki pemikiran sama seperti PEUGEOT yang memberi penekanan terhadap aspek kelestarian.

Kami tidak sabar untuk melihat koleksi-koleksi ini diperagakan di pentas minggu fesyen tahun depan. Kami juga ingin melihat individu-individu berbakat besar ini terus berkembang.”

Untuk menikmati foto koleksi pemenang KLFW Designer Search 2024, sila kunjungi saluran media sosial rasmi PEUGEOT Malaysia di Instagram atau Facebook.