Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Piala Dunia 2026: FIFA Kongsi Video Bilik Persalinan Jordan

bilik jordan
Gambar: FIFA

Piala Dunia 2026: FIFA Kongsi Video Bilik Persalinan Jordan

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkongsi rakaman video keadaan bilik persalinan pasukan Jordan selepas mereka tewas 1-2 kepada Algeria dalam aksi Piala Dunia 2026 awal pagi tadi.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial rasmi FIFA, bilik persalinan Jordan dilihat berada dalam keadaan bersih, kemas dan tersusun walaupun pasukan itu baru sahaja mengharungi perlawanan yang mengecewakan.

Lebih menyentuh hati, skuad Jordan turut meninggalkan beberapa cenderamata, manisan serta sepucuk surat penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada FIFA dan pihak penganjur.

Menerusi surat itu, mereka menzahirkan penghargaan atas layanan dan pengalaman terbaik yang diterima sepanjang penampilan sulung Jordan di pentas Piala Dunia.