Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pilu, Dua Lagi Mayat Mangsa Banjir Ditemukan Di Taman Seri Muda

Gambar: Bernama

Dua lagi mayat dipercayai mangsa banjir dilaporkan telah ditemui di satu lokasi di Jalan Semangat 25/8, Taman Seri Muda, Shah Alam hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan itu, kedua-duanya yang masing-masing berusia sekitar 60-an dan 40-an dipercayai mempunyai hubungan keluarga sesama mereka.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa kedua-dua mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Untuk rekod terdahulu, seramai 17 mangsa banjir yang terkorban ditemui di tiga daerah di Selangor iaitu 10 di Daerah Klang, tiga di Hulu Langat dan empat di Sepang.

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari memaklumkan, punca kematian mereka sedang dikenal pasti sama ada disebabkan banjir ataupun berdepan faktor lain seperti maut akibat kekurangan ubat dan sebagainya.

Berita penuh menyusul.

Sumber: Sinar Harian / Bernama