Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pilu Seorang Isteri, Suami ‘Pergi’ Buat Selamanya Selepas Baru Dua Hari Bina Mahligai

Suami ‘Pergi’ Buat Selamanya

Pilu Seorang Isteri, Suami ‘Pergi’ Buat Selamanya Selepas Baru Dua Hari Bina Mahligai

Kematian itu pasti, tidak cepat atau lambat walau sesaat. Kita semua akan merasainya apabila tiba pada waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Namun, selagi masih hidup kita juga akan berdepan dengan 'pemergian' insan-insan tersayang buat selama-lamanya.

Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan itu, hanya yang pernah melaluinya akan benar-benar memahami.

Bayangkan pula yang 'pergi' itu ialah pasangan kita yang baru saja dikahwini.

Itu yang dilalui oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Hanim apabila suaminya meninggal dunia dua hari selepas majlis perkahwinan mereka.

Suami ‘pergi’ buat selamanya

Menerusi perkongsian oleh jurugambar pasangan itu, Izzat Pawana, di laman TikTok, Alif meninggal dunia dalam kemalangan.

Difahamkan, Hanim turut terlibat dalam kemalangan itu dan mengalami kecederaan.

“Baru dua hari lepas kami shooting majlis nikah dan sanding di Melaka. Hari ini kami dikejutkan dengan berita arwah telah meninggal dunia akibat kemalangan.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman

“Semoga isteri arwah yang turut terlibat dalam kemalangan diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

“Salam takziah buat seluruh keluarga arwah,” kata Izzat.

Izzat turut berkongsi momen yang dirasakan sangat menyentuh hati ketika hari pernikahan pasangan itu.

“Alif menangis selepas Ijab dan qabul sah menjadi suami kepada Hanim. Waktu itu, tangisan bahagia seorang lelaki yang baru sahaja bergelar suami

“Tak pernah terlintas, hanya dua hari selepas momen itu… tangisan dan senyuman yang Izzat rakam menjadi antara kenangan terakhir Alif bersama Hanim. Kini, video momen tersebutlah yang membuatkan kami semua menangis,” ujarnya.

Sementara itu, Hanim menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya memuat naik gambar ketika persandingan dengan arwah suaminya.

Kredit: TikTok cumahanim

“Ramai rupanya sayangkan bb, insyaAllah ramai nak jaga sayang kat sini. Bb tunggu sayang kat pintu syurga tau,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan Allahyarham Alif ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Awak, Tak perlu paksa hati untuk kuat. Menangislah jika itu yang melegakan. Semoga Allah beri awak ketenangan sedikit demi sedikit dan merahmati arwah suami,” kata seorang netizen.

“Salam Takziah. Kuatkan semangat. Orang baik Allah sayang,” kata seorang lagi.

Intipati
  • Hanim kehilangan suaminya, Alif, dua hari selepas majlis perkahwinan mereka di Melaka.
  • Jurugambar pasangan itu memaklumkan Alif meninggal dunia dalam kemalangan menerusi perkongsian TikTok.
  • Hanim turut terlibat dalam kemalangan itu dan dilaporkan mengalami kecederaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan