Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PKPB Di Lembah Klang Tidak Gagal, Keberkesanannya Ambil Masa – Dr Noor Hisham

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang adalah tidak gagal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau seperti memetik kenyataan ringkas KKM, perlaksanaan PKPB merupakan satu pilihan positif untuk menyeimbangkan di antara ekonomi dan kesihatan.

”PKPB di Lembah Klang tidak gagal. Ia satu pilihan positif untuk kita seimbangkan ekonomi dan kesihatan,” kata beliau.

Malah, keberkesanan daripada perlaksananaan PKPB mengambil masa di mana Semua individu perlu mainkan peranan.

”Keberkesanannya ambil masa. Semua individu perlu mainkan peranan. Duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar,” ujar beliau.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan perlanjutan PKPB di Lembang Klang dilanjutkan sehingga 6 Disember bagi mengekang penularan Covid-19.

Sumber: KKM Putrajaya