Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
fahmi pm umum berita gembira barangan makanan
Gambar: Bernama

PM Akan Umum Berita Gembira Berkenaan Barangan Makanan Esok – Fahmi

Azizah Najib

PM Akan Umum Berita Gembira Berkenaan Barangan Makanan Esok – Fahmi

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pengumuman itu, hasil kerjasama baik dan persefahaman antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu rakyat.

“Kita tunggu daripada Perdana Menteri esok. Intro nya berkaitan dengan serba sedikit barang makanan yang lazim kita makan seharian, jadi ada berita baik daripada Perdana Menteri.

“Tetapi ia menunjukkan bahawa bila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri, pihak kerajaan dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, jadi kita berupaya untuk buat pengumuman seperti yang akan diumumkan Perdana Menteri esok,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mydin Mart Pantai Dalam. Beliau turut menyampaikan sumbangan Aidiladha kepada penduduk di Parlimen Lembah Pantai, hari ini.

Ditanya sama ada pengumuman itu mengenai beras, Fahmi berkata semua pihak perlu menunggu pengumuman istimewa daripada Perdana Menteri itu esok.

BACA: Keracunan Makanan: 24 Pelajar SBP Integrasi Jempol Dikejarkan Ke Hospital

Pujian tindakan tidak menaikkan harga barang

Sementara itu Fahmi berkata beliau menghargai pembukaan Mydin Mart di Lembah Pantai yang menawarkan produk dan barangan segar dengan harga berpatutan.

Beliau turut memuji tindakan pihak pengurusan pasar raya itu, kerana tidak menaikkan harga barang seperti yang dilakukan beberapa peniaga lain atas alasan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“(Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad) Datuk Dr Ameer Ali Mydin jelaskan tadi, tidak perlu ada kenaikan harga barang kerana subsidi diesel bagi sektor logistik masih diteruskan. Dan mereka masih menerima subsidi diesel RM2.15 sen satu liter.

“Jadi saya tegaskan langkah (penyasaran subsidi) kerajaan adalah untuk membantut aktiviti penyeludupan dan laporan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) menunjukkan berlaku perubahan dari segi pola jualan diesel yang cukup mendadak. Ini memberi keyakinan kita untuk meneruskan subsidi kepada kumpulan yang layak dan memerlukan adalah tepat,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai memanfaatkan aplikasi price checker yang dibangunkan KPDN bagi membuat perbandingan harga dan mendapatkan barangan dengan harga lebih murah.

BACA: Kerajaan Lulus Peruntukan Tambahan RM200 Juta Perkasa TVET

Dalam pada itu Fahmi berkata pihaknya juga telah memulakan usaha untuk memanfaatkan produk tempatan sebagai barangan pilihan. Ia bertujuan memberi sumbangan kepada orang ramai.

Fahmi berkata usaha itu dapat membantu produk tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dijamin berkualiti dan berpatutan, diperkenalkan kepada semua peringkat.

BACA: Penyampai TV Britain, Michael Mosley Ditemui Maut

Sumber: BERNAMA