Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Dikurnia Darjah Kerabat Brunei

PM Anwar Dikurnia Darjah Kerabat
Kredit: Bernama

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Anugerah itu membawa gelaran Dato Laila Utama.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung pada majlis menghadap di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman di sini yang turut disaksikan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Terdahulu, Anwar dan delegasi Malaysia tiba di Istana Nurul Iman kira-kira 11 pagi.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar dijangka menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai jawatankuasa kerjasama pengurusan bencana.

Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan kerja selama dua hari bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.

Intipati
  • Anwar dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati oleh Sultan Hassanal Bolkiah.
  • Anugerah itu membawa gelaran Dato Laila Utama kepada Perdana Menteri Malaysia.
  • Anwar berada di Brunei untuk lawatan kerja dua hari menghadiri ALC-27 Malaysia-Brunei.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan