Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Seru China, Asia Tenggara Perluas Kerjasama AI Dan Transformasi Digital

kerjasama
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru supaya keterbukaan ekonomi di Asia Pasifik dilaksanakan secara lebih saksama bagi memberi ruang kepada negara membangun memperkukuh kemandirian serta menyertai industri bernilai tinggi.

Beliau berkata, perkara itu penting dalam menghadapi suasana persaingan kuasa besar yang semakin sengit, selain memastikan ruang kerjasama antara negara terus dipertahankan.

Menurutnya, setiap negara juga perlu diberi hak untuk menentukan haluan pembangunan masing masing berdasarkan keperluan dan kepentingan negara.

“Keterbukaan mesti memberi ruang kepada ekonomi membangun untuk memperkukuh kemandirian, berinovasi dan menyertai industri bernilai tinggi agar manfaat pertumbuhan dapat dinikmati dengan lebih saksama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menyeru China dan negara negara Asia Tenggara supaya memperluas kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) serta transformasi digital menerusi penyelidikan dan inovasi bersama.

Jelasnya, kemajuan teknologi perlu dilaksanakan dengan mengambil kira aspek etika, kebertanggungjawaban dan maruah insan.

“ Kemajuan teknologi mesti terus berpaksikan etika, kebertanggungjawaban dan maruah insan,” ujarnya.

Anwar berkata, Malaysia akan terus menjalin hubungan konstruktif dengan semua rakan berpandukan Wawasan Putrajaya 2040 bagi membina Asia Pasifik yang terbuka, berdaya tahan dan aman.

Menurutnya, ukuran sebenar kemajuan bukan hanya bergantung kepada pertumbuhan ekonomi, sebaliknya turut dilihat berdasarkan peluang yang tersedia serta perubahan yang dapat dirasai dalam kehidupan rakyat.

“Ukuran sebenar kemajuan ialah peluang yang terbuka dan perubahan yang dirasai dalam kehidupan rakyat,” katanya.

Intipati
  • Anwar menyeru keterbukaan ekonomi Asia Pasifik dilaksanakan lebih saksama untuk negara membangun.
  • Beliau mahu China dan Asia Tenggara memperluas kerjasama AI serta transformasi digital.
  • Malaysia akan terus menjalin hubungan konstruktif berpandukan Wawasan Putrajaya 2040.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan