Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hospital Bukit Mertajam mencatat kejayaan di peringkat antarabangsa apabila muncul sebagai satu-satunya hospital di Malaysia yang tersenarai dalam 250 hospital terbaik dunia bagi inisiatif kelestarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengiktirafan sebagai Green Hospital itu membuktikan aspek kecemerlangan perkhidmatan kesihatan dan kelestarian alam sekitar mampu bergerak seiring.
Menurut beliau, pencapaian berkenaan bukan sahaja membanggakan negara, malah mencerminkan komitmen sektor kesihatan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diberi keutamaan.
Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Hospital Bukit Mertajam atas pencapaian berkenaan.
“Syabas dan tahniah!” katanya.