Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di kediamannya di Taman Serira, Kuching semalam.
Anwar tiba di kediaman Nancy kira-kira pukul 5.45 petang sejurus selesai menghadiri satu majlis di Bintulu.
Beliau yang diiringi Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meluangkan masa kira-kira 20 minit sebelum bergegas ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi menghadiri satu lagi majlis.
Dalam kunjungan ringkas itu, Anwar menyampaikan ucapan takziah mewakili Kerajaan MADANI kepada Nancy atas pemergian suaminya, Allahyarham Datuk Kamil Misuari pada Khamis lalu.
“Saya datang untuk mengucapkan takziah dan semoga beliau tabah dengan ujian ini,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook semalam.
Allahyarham Kamil, 65, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 6.38 petang, Khamis lalu.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya, Kuching pada pukul 5.15 petang, Jumaat lalu.