Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Ismail Sabri Terima Kunjungan Hormat Prabowo

Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri dilihat meluangkan kira-kira 45 minit semasa menerima kunjungan itu.

Selesai kunjungan hormat, Prabowo berserta delegasi dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Wisma Pertahanan.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa selain kunjungan hormat keatas Perdana Menteri, Prabowo berserta delegasinya yang dalam lawatan kerja sehari itu juga akan mengadakan perbincangan dua hala dengan sejawatannya, Hishammuddin dan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia.

Sumber: BERNAMA