Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Kanada Umum Akan Haramkan Pemilikan Pistol

Sofea
pemilikan pistol
Gambar Via TRT

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada Isnin telah mengumumkan mengenai rang undang-undang baharu yang akan ‘mengharamkan’ pemilikan pistol di seluruh negara itu, lapor CNN.

Dengan pengenalan rang undang-undang tersebut, orang ramai tidak lagi boleh membeli, menjual, memindahkan atau mengimport pistol di seluruh Kanada.

“Dengan erti kata lain, kami mengehadkan pasaran,” katanya.

Jika ia diluluskan, individu atau organisasi yang terlibat dalam penyeludupan dan pemerdagangan senjata api akan didenda.

“Keganasan senjata api adalah masalah yang kompleks, tetapi ‘penyelesaiannya’ sangat mudah: semakin sedikit senjata api dalam komuniti kita, semakin selamat semua orang,” kata Trudeau.

Tambahnya lagi, walaupun kebanyakan pemilik senjata menggunakan pistol mereka dengan selamat dan mengikut undang-undang, mereka tidak memerlukan senjata gaya serangan yang direka untuk membunuh dalam masa yang singkat.

Pengumuman itu dibuat susulan dua tembakan besar-besaran yang terjadi baru-baru ini di Amerika Syarikat.

Penamatan keganasan senjata api juga adalah sebahagian daripada kempen Trudeau dalam pilihan raya 2019.

Pada 2020, kerajaannya mengharamkan lebih daripada 1,500 jenis senjata serangan gaya tentera.

Ia sejurus selepas serangan senjata api paling dahsyat di Kanada dalam sejarah modennya.

Pistol dikatakan menjadi senjata paling bahaya yang terdapat dalam kebanyakan jenayah ganas berkaitan senjata api antara tahun 2009 dan 2020.

Ia merangkumi 89% daripada jenayah tersebut.

Sementara itu, bilangan pistol berdaftar di negara tersebut meningkat 71% antara 2010 dan 2020 kepada kira-kira 1.1 juta.

Sumber: CNN