Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
pm Kad Pekerja MADANI
Gambar: Bernama

PM Lancar Kad Pekerja MADANI, Sejuta Pekerja Bakal Nikmati Diskaun Perkhidmatan

Iqbal Yasir

PM Lancar Kad Pekerja MADANI, Sejuta Pekerja Bakal Nikmati Diskaun Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Seramai sejuta ahli kesatuan pekerja bakal menikmati diskaun sehingga 30 peratus daripada lebih 100 syarikat yang menawarkan barangan keperluan dan perkhidmatan menerusi inisiatif Kad Pekerja MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif itu ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini hari ini.

“Kad Pekerja MADANI ini memberi peluang kepada ahli kesatuan yang memilikinya untuk menikmati diskaun bagi pelbagai kemudahan. Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan kepada golongan pekerja yang sentiasa gigih melaksanakan tugas dan amanah,” katanya.

Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini termasuk AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, OldTown White Coffee, ZUS Coffee, SOCAR dan Bateriku.

Beliau berkata perincian lanjut mengenai Kad Pekerja MADANI akan diumumkan dalam kenyataan media dalam masa terdekat.

Majlis sambutan dihadiri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Sumber Manusia Steven Sim serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, beberapa menteri Kabinet serta ketua-ketua agensi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Majlis sambutan Hari Pekerja 2025 yang bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa” itu diserikan dengan kehadiran lebih 10,000 pekerja sektor awam dan swasta dari pelbagai latar industri.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Sita Aset Hampir RM1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah

BACA: Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Tertinggal Dalam Van Sekolah