Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf sekiranya ada pihak merasakan nada tegurannya terhadap penjawat awam dalam pelbagai program sebelum ini kedengaran terlalu keras.
Menerusi rakaman video yang dikongsi di Facebook, Anwar berkata beliau sering dinasihatkan supaya menggunakan nada yang lebih tenang ketika menyantuni rakyat selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata ada pihak mengingatkannya supaya mengawal nada percakapan agar tidak dilihat seperti memarahi penjawat awam.
“Banyak orang pesan... Anwar, awak sudah jadi Perdana Menteri... tidak boleh tinggikan suara. Awak kena cakap tenang, dengan baik, menyantuni rakyat... saya cuba.
“Kadang-kadang bila menyentuh soal-soal yang menyentuh hati nurani dan perasaan, saya perlu bersuara... saya mohon maaf kalau ada orang kata itu bukan sepatutnya wajah seorang Perdana Menteri,” katanya.
Rakaman video itu ialah sedutan ucapan Anwar pada sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama warga perkhidmatan awam Zon Tengah di Dewan Sultan Idris Shah, Universiti Islam Selangor hari ini.
Beliau berkata nada percakapannya yang agak tinggi ketika menyampaikan amanat dan pesanan dalam program bersama penjawat awam itu adalah sebagai penegasan memandangkan kumpulan tersebut memaiinkan peranan penting dalam menjayakan dasar serta agenda pembangunan negara.
"Kalau itu dianggap sebagai kesilapan, saya memohon maaf tetapi percayalah, saya hanya meluahkan apa yang saya rasa.
"Kepada siapa lagi saya hendak luahkan kalau bukan dengan anak-anak buah saya, jentera yang boleh menjayakan program dan dasar negara kita," katanya.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan