Utama

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, pada Ahad mendedahkan dia telah membatalkan perkahwinannya susulan membendung gelombang baharu kes Omicron di negara itu.
Menerusi satu sidang akhbar biasa Covid-19, Ardern berkata, pihak berkuasa kesihatan telah melaporkan sembilan kes Omicron di Motueka dalam isi rumah satu keluarga. Keluarga itu mengembara ke Auckland untuk menghadiri majlis perkahwinan, pengebumian, taman hiburan dan tarikan pelancong hujung minggu lalu. Hal itu telah mendorong negara itu beralih ke suasana “tetapan merah”.
“Begitulah kehidupan”, jawabnya ketika ditanya perasaannya tentang keputusan untuk membatalkan perkahwinan yang akan diadakan pada musim panas ini.
Bulan lalu, New Zealand menolak pembukaan semula sempadannya secara berperingkat sehingga akhir Februari berikutan kebimbangan mengenai varian Omicron.
Hipkins juga berkata, Kabinet New Zealand telah bersetuju dengan langkah berjaga-jaga, termasuk mengurangkan selang antara dos vaksin Covid-19 kedua dan suntikan penggalak daripada enam bulan kepada empat bulan dan meningkatkan tempoh penginapan yang diperlukan untuk pelancong yang kembali daripada tujuh kepada 10 hari dalam pengasingan terurus dan kuarantin.
Sumber: CNN