Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PMX Ucap Tahniah Eain Yow, Sivasangari Pertahan Emas Skuasy Sukan Asia

EAIN
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Ng Eain Yow dan S. Sivasangari selepas kedua-dua pemain skuasy negara berjaya mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki dan wanita pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Anwar berkata, kejayaan itu merupakan pencapaian membanggakan yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas sukan Asia.

“Empat tahun lalu di Hangzhou, emas menjadi milik mereka.

“Hari ini, kedua-duanya mengulangi kejayaan yang sama, sekali gus mencipta sejarah apabila mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, yang bakal menyaksikan penampilan sulung sukan skuasy di pentas Olimpik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam aksi final perseorangan lelaki, Eain Yow menewaskan wakil India, Abhay Singh dengan keputusan 11-9, 11-5, 11-5 di Arena Nagoya Kinjo Futo.

Kemenangan itu menyaksikan Eain Yow mempertahankan emas yang dimenanginya pada Sukan Asia Hangzhou 2022 serta menjadi pemain skuasy pertama yang mengesahkan kelayakan ke LA28.

Sementara itu, Sivasangari turut mempertahankan emas perseorangan wanita selepas menewaskan pemain India, Anahat Singh, 11-4, 11-4, 11-7.

Intipati
  • Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Eain Yow dan Sivasangari atas kejayaan mereka.
  • Kedua-dua pemain mempertahankan emas perseorangan skuasy Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
  • Kejayaan itu turut mengesahkan tiket mereka ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan