Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pokok Tumbang Bongkar Penemuan Tulang Manusia Dalam Batang Pokok

Iqbal Yasir
tulang manusia dalam pokok
Gambar: Detik.com

Pokok Tumbang Bongkar Penemuan Tulang Manusia Dalam Batang Pokok

SUMATERA UTARA — Penduduk Desa Pematang Ganjang, Kecamatan Sei Rampah, digemparkan dengan penemuan rangka manusia di dalam sebatang pokok Aren (kelapa), lapor Liputan6.

Menurut Ps Kasi Humas Polres Sergai, Iptu LB Manullang, rangka itu ditemui oleh dua penduduk kampung pada Selasa sekitar jam 4.15 petang yang ketika itu sedang mengambil buah sawit.

Sewaktu kejadian, mereka memaklumkan ternampak pokok itu yang sudah mati sejak empat tahun lalu, tetapi baru tumbang akibat angin kencang seminggu kebelakangan ini.

Susulan itu, pihak Polres Sergai bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

“Dari kesan pohon, saksi memberitahu bahawa ternampak tulang yang mencurigakan. Setelah diperiksa, mereka terkejut rupanya ia merupakan sebahagian rangka manusia,” katanya.

Hasil pemeriksaan turut menemui beberapa barang bukti di lokasi kejadian. Antaranya seperti seluar panjang hitam baju, telefon bimbit.

Menurut laporan Kompas, mangsa dipercayai seorang lelaki, 23, yang dilaporkan hilang sejak dua tahun lalu dan ujian DNA sedang dilakukan bagi mengenal pasti identiti rangka itu.

Rangka berkenaan telah dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Medan untuk proses bedah siasat.

Sebelum ini, penduduk di sebuah kampung di Daerah Pacet, Kabupaten Mojokerto, Indonesia telah dikejutkan dengan penemuan puluhan potongan daging manusia dalam keadaan berselerakan pada Sabtu lalu.

Tribunnews melaporkan bahawa potongan daging itu dijumpai oleh penduduk dan dipercayai telah dicampakkan ke dalam gaung dipenuhi belukar dari atas jalan raya yang menghubungkan kawasan Cangar-Pacet.

Sumber: Liputan6, Kompas

BACA: Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak