Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Johor Terima Lima Laporan Berhubung Kekecohan Ceramah Parti Politik Di Muar

polis johor terima laporan kekecohan
Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU, 18 Okt (Bernama) — Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, yang mengesahkan perkara itu, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

“Kita akan maklum nanti (perkembangan). Buat masa ini, polis akan jalankan siasatan,” katanya ringkas menerusi Whatsapp kepada Bernama, hari ini.

Terdahulu, ceramah yang membariskan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan MUDA itu diganggu oleh sekumpulan anak muda menaiki motosikal yang didakwa cuba menimbulkan provokasi.

Difahamkan beberapa parti politik telah membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan tersebut.

Sumber: BERNAMA