Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Kesan Sekumpulan Lelaki Terlibat Samun Bersenjata

Hannah
Rakyat Malaysia Maut Golok
Gambar: MKN

Polis Kesan Sekumpulan Lelaki Terlibat Samun Bersenjata

SHAH ALAM, 28 Okt (Bernama) — Polis sedang giat mengesan sekumpulan lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai makan di Sungai Jarom, Kuala Langat dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berumur 48 tahun yang juga peniaga kedai makan kira-kira 7 malam, yang mendakwa telah disamun sekumpulan lelaki bersenjatakan sebilah parang.

Beliau berkata dalam kejadian itu, tiga suspek yang menutup muka dan bertopeng memasuki kedai itu sebelum bertindak melarikan beberapa barang kemas milik pengadu.

“Suspek masuk ke dalam kedai, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta dan telah mengambil seutas rantai leher emas milik suami pengadu serta dua utas rantai emas dan dua bentuk cincin emas milik pengadu.

“Pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerugian dianggarkan RM10,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akmalrizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu, yang dipercayai berlaku di sebuah kedai makan.

BACA: 11 Stesen Minyak Di Kelantan Disiasat Kerana Jual Petrol Bersubsidi Berulang

Sumber: BERNAMA