Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Tahan Lelaki Intai Wanita Di Tandas Pasar Raya

Nurhanis
lelaki intai wanita tandas
Kredit: BERNAMA

Polis Tahan Lelaki Intai Wanita Di Tandas Pasar Raya

PASIR GUDANG, 23 Okt (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai mengintai seorang wanita di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi, sebelum lelaki berusia 23 tahun itu diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis.

“Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata permohonan reman atas suspek juga akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini, untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara serta sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” tambahnya.

Semalam, tular sebuah video berdurasi dua minit 11 saat yang memaparkan seorang lelaki ‘bertudung’ memasuki tandas wanita, sebelum perbuatannya itu berjaya dikesan lalu ‘ditangkap’ oleh orang awam serta ‘disoal siasat’ oleh seorang wanita dipercayai mangsa, di pasar raya berkenaan.

Dua pelajar ditahan bantu siasatan miliki video rakan mandi

Semalam, media melaporkan polis menahan dua pelajar lelaki berusia 16 tahun, bagi membantu siasatan memiliki dan mengedar video seorang kenalan perempuan mereka yang sedang mandi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-dua suspek ditahan dua hari lepas selepas hadir memberi keterangan ekoran laporan polis yang dibuat remaja perempuan berusia 13 tahun itu, pada Jumaat lepas.

“Pengadu mendakwa salah seorang suspek telah memberitahu mempunyai video dirinya sedang mandi dan meminta bayaran RM50 jika mahu video tersebut.

“Pengadu mendakwa video itu disebarkan oleh seorang lagi suspek, kerana ia dibuat semasa mereka berhubung menerusi panggilan video pada Mei lepas,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Sumber: BERNAMA