Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas Senapang Tiruan Di Dungun

penyanyi

DUNGUN, 30 Mei – Polis menahan tiga lelaki tempatan dan merampas tiga laras senapang tiruan dalam dua serbuan di daerah ini pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 36 hingga 58 tahun ditahan pada kira-kira 1 pagi hingga 2.15 pagi di Felda Kerteh 5 dan Felda Kerteh 6 di Ketengah Jaya di sini.

“Dalam serbuan pertama di Felda Kerteh 5, polis menahan dua suspek dan merampas dua senjata terbabit.

“Susulan itu, polis membuat satu lagi serbuan dan menahan suspek ketiga di sebuah rumah di Felda Kerteh 6 serta merampas selaras senapang tiruan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun hari ini.

Dua daripada suspek dikatakan mempunyai hubungan menantu dan mentua.

Baharudin juga berkata senapang tiruan itu dipercayai dihasilkan untuk memburu dan menggunakan peluru yang dibeli oleh individu yang mempunyai lesen senjata api.

Katanya kesemua suspek telah direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

— BERNAMA

Sunday , 30 May 2021