Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Turki Temui Bom Bawah Kereta Pengawal, Bertugas Jaga Keselamatan Perhimpunan Dihadiri Presiden Erdogan

Gambar: Google

Pihak polis di Turki dilaporkan menemui bahan letupan di bawah kereta persendirian milik seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan pada perhimpunan di mana Erdogan dijadualkan hadir.

Media Turki melaporkan bahawa peranti bahan letupan itu ditemui di bandar kecil Nusaybin di wilayah tenggara Mardin, berhampiran sempadan Syria.

Difahamkan, pegawai polis itu sepatutnya memandu sejauh 200 kilometer ke Siirt untuk menjalankan tugas menjaga keselamatan di kawasan Erdogan berucap kepada penduduk tempatan mengenai keadaan ekonomi.

Mujurlah alat buatan tangan itu berjaya dikeluarkan dan dinyahaktifkan oleh Unit Pemusnah Bom.

Siasatan lanjut mengenai insiden itu sedang dijalankan.

Ucapan Erdogan itu dibuat di tengah-tengah kemerosotan mata wang negara dan salah satu krisis ekonomi terburuk dalam beberapa tahun.

Pada tahun lalu, Lira telah kehilangan 45 peratus nilainya berbanding dolar AS dengan inflasi mencecah paras tertinggi tiga tahun sebanyak 21.3 peratus pada bulan lepas.

Sumber: Anadolu Agency, Daily Sabah