Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Semuanya kini menjadi mudah, segala maklumat yang kita perlukan boleh diakses di hujung jari sahaja. Tetapi buat generasi muda, kami nak kongsikan satu platform khas lain dari yang lain di mana korang boleh mendapatkan segala informasi terkini hanya dalam satu portal.
Tetapi, bukan setakat itu je, paling penting ia menentukan masa depan apabila korang boleh mendapatkan pendedahan awal atau gambaran mengenai apa sahaja bidang industri yang bakal korang ceburi nanti. Ha macam mana tu? Jom checkout kat bawah gais!
Okay, untuk pengetahuan korang, platform MyDigital.KKMM yang dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 25 November lalu merupakan inisitiaf transformasi digital negara untuk mendidik dan membolehkan rakyat menggunakan dan memanfaatkan perkhidmatan landskap digital di Malaysia seperti perkhidmatan mudah alih dan internet. Lengkap dan menyeluruh kerana terdapat 27 kementerian dan 4 syarikat telekomunikasi di dalam portal ini.


Di dalam portal MyDIGITAL.KKM ini, terdapat 95 pilihan pameran maya yang tersedia untuk dilawati oleh pengunjung di astaka. Setiap pameran dilengkapi dengan pengenalan ringkas berkaitan dengan kementerian, agensi atau syarikat telekomunikasi yang terlibat. Booth pameran pula mempunyai kandungan eksklusif dan inisiatif terkini serta promosi produk dan servis.


Ia memberi manfaat kepada keluarga Malaysia untuk mengetahui lebih cepat dan pantas mengenai perkhidmatan, program, kempen yang sedang dilaksanakan oleh semua kementerian malaysia pihak swasta yang terlibat. Kalau pengunjung nak tahu maklumat lanjut, boleh terus berinteraksi bersama wakil di booth. Mudah kan!



[29/9) Penyelidikan Teknologi & Aplikasi Nuklear Malaysia from MyDIGITAL.KKMM on Vimeo.
Ha, melalui portal MyDigital.KKMM ini, generasi muda boleh mendapat gambaran mengenai masa depan mereka dan pencerahan awal tentang industri yang mereka akan terokai berdasarkan 8 kategori yang boleh dipilih di dalam portal mengikut minat.
Antaranya ialah Keusahawanan, Teknologi, Sukan, Industri Kreatif, Pendidikan, Kesihatan & Gaya Hidup, Pelancongan dan Hiburan Terkini. Semuanya mempunyai kandungan informatif di mana generasi muda berpeluang mendapatkan maklumat terkini dari kementerian atau swasta berdasarkan kategori yang dipilih.

Paling cool, generasi muda berpeluang sendiri mendengar perbincangan, pendapat atau pengalaman dari pakar-pakar industri serta dapat mengumpulkan informasi yang berguna melalui booth yang tersedia. Sebagai contoh, bagaimana korang sebagai generasi muda mampu menerokai industri moden seperti e-Sukan kini yang boleh dijadikan kerjaya yang membawa pulangan pendapatan lumayan.
Rugi kalau korang tidak menggunakan sebaiknya platform yang diberikan oleh kerajaan ini untuk mendapat pencerahan awal atau gambaran situasi sebenar dalam sesuatu industri supaya tidak tersalah membuat pilihan. Semuanya ini secara PERCUMA, inisiatif digital kerajaan untuk membantu dan memudahkan generasi muda berkembang maju!
Bukan itu sahaja, selain di atas MyDIGITAL.KKMM juga mempunyai Sale Lokal, sebuah platform perniagaan yang disediakan kepada peniaga lokal untuk mengenengahkan platform e-dagang mereka. Fuhh, dari maklumat terkini, bual bicara, minat dan industri sehingga ke perniagaan, semuanya ada dalam satu platform!

Jom layari MyDigital.KKMM dan daftar dengan menekan LINK ini sekarang juga sebab pelbagai ratusan inisiatif boleh dipilih oleh para pengunjung tanpa mengira lapisan masyarakat. Boleh juga checkout Facebook MyDigital.KKMM untuk tahu segala update terkini okay!
Korang boleh menang pelbagai hadiah termasuk hadiah mingguan dan bulanan untuk pengguna paling aktif apabila mendaftar. Nak lagi fun, ambil bahagian dalam bermacam aktiviti dan berbual secara live dengan peserta lain. Best kan! Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak kawan-kawan, kita jumpa di MyDigital.KKMM sekarang juga gais!