Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pos Malaysia Minta Orang Ramai Hati-hati Dengan Individu Menyamar Jadi Wakilnya

ORANG awam dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan penipuan sekumpulan individu yang menyamar sebagai wakil Pos Malaysia atau Pos Laju.

Iklan

Pos Malaysia Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata, taktik penipuan tersebut telah dikesan oleh pihak mereka.

“Kami menasihatkan para pelanggan kami agar tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya menerusi telefon, SMS, emel atau media sosial kepada mana-mana pihak yang memperkenalkan diri sebagai wakil daripada Pos Malaysia atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya.

“Ini bertentangan dengan polisi syarikat kami dan dipercayai dilakukan untuk memperdaya dan mendapatkan maklumat peribadi,” jelas kenyataan tersebut.

Selain itu, kenyataan tersebut menambah, bagi mengesan sebarang bungkusan atau penghantaran daripada syarikat tersebut, orang awam boleh menggunakan perkhidmatan jejak dan kesan melalui laman sesawang atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

“Untuk sebarang pertanyaan, para pelanggan boleh berhubung dengan kami melalui AskPos 1-300-300-300 atau Twitter (twitter.com/post4you).” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: Twitter