Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Premis Kotor Dan Tiada Lesen Perniagaan, 14 Kompaun Dikeluarkan DBKL Dalam Operasi Anti Litter Semalam

Gambar: DBKL

Sebanyak 14 kompaun telah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi Anti Litter di sekitar Taman Sungai Besi, Bukit Bintang semalam.

Antara kompaun yang dikeluarkan adalah melibatkan kesalahan seperti meletakkan barangan perniagaan dan membuang sampah di tempat awam.

“Operasi yang dianggotai oleh seramai 22 orang petugas ini adalah untuk memastikan bandaraya ini kekal bersih, teratur dan mematuhi peraturan khususnya daripada pengendali makanan/premis peniagaan,” kata DBKL dalam satu kenyataan mereka hari ini.

DBKL turut menyita tiga tong gas dan satu dapur gas serta menempatkannya di stor sitaan Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

“Sitaan dilakukan terhadap peniaga warga asing yang melarikan diri kerana berniaga tanpa lesen serta tidak mempunyai pengenalan diri.”

Tambah DBKL, mereka juga didapati membuang cecair kotoran di atas jalan serta berniaga di lokasi yang menghalang laluan awam.

Oleh itu, orang ramai boleh melaporkan premis perniagaan yang kotor kepada DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL

Sumber: DBKL